Page 86 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 86
3.1 Persekitaran Kod ArahanPersekitaran Kod Arahan
Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan
komputer melaksanakan sesuatu tugasan. Satu set kod arahan yang disebut segmen kod
digunakan untuk membina satu atur cara bagi menyelesaikan masalah.
Bahasa komputer terdiri daripada bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh pengatur
cara bagi menulis kod arahan. Bahasa pengaturcaraan yang telah dipelajari termasuklah
Scratch dan HTML. Dalam bab ini, anda akan diperkenalkan dengan bahasa pengaturcaraan
Python yang mempunyai banyak persamaan dengan Scratch. Dalam pengaturcaraan Python,
murid perlu menulis kod-kod yang mudah difahami.
Persekitaran kod arahan merujuk kepada persediaan terhadap peralatan dan perisian
yang diperlukan untuk menulis kod arahan. Oleh yang demikian, persekitaran kod arahan
merujuk kepada perkakasan komputer, sambungan kepada Internet, pelayar web dan
perisian aplikasi bahasa pengaturcaraan yang diperlukan untuk pembangunan atur cara,
penterjemahan dan pelaksanaan atur cara.
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri. Semasa pelaksanaan
atur cara, kod arahan akan menjalani pengalihan kepada bahasa mesin yang boleh difahami
oleh komputer. Terdapat tiga jenis penterjemah, iaitu penghimpun (assembly), pengkompil
(compiler) dan pentafsir (interpreter). Peta pemikiran pada Rajah 3.1 mengelaskan tiga jenis
penterjemah ini.
PENTERJEMAH Rujuk Lampiran B
untuk amali
memasang perisian
aplikasi Python 3.5.2.
Penghimpun Pengkompil Pentafsir
Contoh bahasa Contoh bahasa Contoh bahasa
penghimpun ialah pengaturcaraan: pengaturcaraan:
Basic Assembly C, C++, Java Python, PHP, Perl
Language yang dan Pascal dan Ruby
digunakan oleh
sistem IBM
Rajah 3.1 Tiga jenis penterjemah
BAB 3
Pembelajaran seterusnya dalam bab ini akan menggunakan bahasa
pengaturcaraan Python dalam penulisan kod arahan yang menggunakan
sintaks dan beberapa contoh yang terlibat. Oleh yang demikian, perisian
aplikasi Python 3.5.2 diperlukan untuk membaca dan melaksanakan kod
arahan Python.
76

