Page 39 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 39
BAB PERWAKILAN
2 DATA
Sejak zaman purba hingga zaman moden, kriptografi telah
digunakan oleh manusia untuk menjaga privasi mesej
yang ingin dihantar. Pelbagai kaedah sifer diwujudkan 2.1 Kriptografi dalam
untuk menjamin keselamatan data dan memastikan mesej Keselamatan Data
hanya dapat dibaca dan difahami oleh penerimanya.
Guru Sejarah telah mengajar bahawa salah
satu cara menghantar utusan adalah melalui
burung merpati. Apakah yang akan terjadi
sekiranya burung tersebut ditangkap oleh • Kriptografi
pihak musuh? • Penyulitan (encryption)
• Nyahsulit (decryption)
• Kunci kod rahsia
• Sifer (cipher)
Ya, pasti maklumat
dalam utusan akan
terbongkar sekiranya
jatuh kepada pihak
musuh.
Tonton video ini
untuk mengetahui
tentang gambaran
Bab 2.
goo.gl/kqTFPo Tidak, kerana maklumat dalam utusan ditulis dalam
bentuk yang hanya difahami oleh pihak penghantar
dan penerima tertentu sahaja. Contohnya di Mesir,
tulisan Hieroglif yang berupa simbol digunakan. Ini
merupakan contoh penggunaan kriptografi.
29

