Page 42 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 42
2.1.2 Proses Sifer (Cipher)
Pembelajaran
Murid boleh: Anda telah mempelajari bahawa kriptografi ialah penyamaran
2.1.2 Menunjuk cara demi menjaga kerahsiaan dan keselamatan sesuatu data. Satu
langkah demi cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan melakukan
langkah proses penyulitan (encryption).
sifer (cipher) yang
melibatkan: Dalam kriptografi, pasangan algoritma digunakan untuk
(i) penyulitan melakukan penyulitan dan nyahsulit. Pasangan algoritma ini
(encryption) dikenali sebagai algoritma kriptografi atau sifer. Sesuatu teks
(ii) nyahsulit biasa (plaintext) akan melalui proses penyulitan (encryption)
(decryption) yang menyebabkan data berubah menjadi bentuk yang tidak
bermakna, iaitu teks sifer (ciphertext) sebelum dihantar kepada
penerima. Hanya penerima yang berhak sahaja dapat melakukan
proses nyahsulit (decryption), iaitu menukarkan kembali teks
sifer menjadi teks biasa. Setiap proses penyulitan dan proses
nyahsulit dapat dilengkapi dengan penggunaan kunci (key)
Sifer kunci simetri yang hanya diketahui oleh penghantar dan penerima. Teks sifer
menggunakan satu tidak boleh dinyahsulit oleh pihak yang tidak berhak tanpa
kunci yang sama
bagi kedua-dua kunci tersebut.
proses penyulitan dan Algoritma kriptografi atau sifer yang dicipta pada zaman dahulu
nyahsulit manakala dikenali sebagai sifer klasik. Pada masa itu, sifer klasik digunakan
sifer kunci tidak simetri
menggunakan dua kunci untuk penyulitan dan nyahsulit teks tulisan. Kini, perkembangan
berbeza bagi proses teknologi komputer telah membolehkan ciptaan sifer yang sangat
penyulitan dan nyahsulit. kompleks digunakan untuk menyulitkan sebarang bentuk data.
Rajah 2.2 menunjukkan dua jenis sifer.
• Termasuk semua sifer klasik
• Menggunakan kunci yang sama untuk melakukan penyulitan dan
nyahsulit
Sifer Kunci Simetri • Kunci yang digunakan boleh dalam bentuk nombor, huruf, perkataan
atau simbol
• Maklumat kunci mesti disimpan secara rahsia
• Penghantar dan penerima boleh menjana kunci rahsia yang baharu
Sifer
• Digunakan dalam sifer moden
• Kompleks dan melibatkan pengiraan matematik
• Melibatkan dua kunci iaitu kunci awam dan kunci persendirian
Sifer Kunci • Kunci awam boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk penyulitan
Tidak Simetri
• Kunci persendirian disimpan secara rahsia oleh penerima sahaja
• Nyahsulit memerlukan algoritma yang sepadan dan dengan kunci
persendirian
Rajah 2.2 Dua jenis sifer
32

