Page 41 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 41

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1


                Bagi mengatasi masalah pencerobohan maklumat, kriptografi                    2.1
             telah menjadi satu keperluan besar untuk melindungi kepentingan
             maklumat dalam pengkomputeran. Rajah 2.1 menunjukkan            1.  Berikan satu contoh
             empat kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi.      aplikasi yang
                                                                               menggunakan
                                                                               kriptografi.
                                                                             2.  Mengapakah
                                                                               kriptografi diwujudkan?
                                                 Perkhidmatan
                                                  keselamatan






                  Kerahsiaan            Pengesahan              Integriti          Tiada sangkalan
                (Confidentiality)     (Authentication)         (Integrity)        (Non-repudiation)

                           Rajah 2.1  Kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi
                Kerahsiaan merujuk kepada kesulitan sesuatu maklumat yang dihantar melalui rangkaian
             komputer yang perlu dilindungi supaya maklumat tersebut tidak diketahui oleh pihak lain
             selain penerima.  Pengesahan pula berkaitan dengan pengenalpastian pihak-pihak yang
             terlibat dalam suatu komunikasi. Maklumat atau data yang diterima perlu dikenal pasti agar
             maklumat dihantar oleh pihak yang disahkan. Contohnya, nama pengguna dan kata laluan
             bagi perbankan Internet hanya boleh diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
                Integriti ialah perkhidmatan keselamatan yang mengenal pasti sebarang perubahan
             terhadap maklumat atau data oleh pihak lain. Contohnya, transaksi perbankan dalam talian
             menggunakan kriptografi bagi mengelakkan pihak lain melakukan perubahan sebarang
             maklumat dalam transaksi seperti jumlah wang, nombor akaun dan sebagainya.  Tiada
             sangkalan digunakan untuk membuktikan bahawa penghantar dan penerima maklumat
             tidak menafikan bahawa mereka menghantar dan menerima maklumat tersebut.
                Oleh itu, penggunaan kriptografi penting untuk menjaga kerahsiaan maklumat serta
             mengelakkan sebarang penyamaran atau penipuan berlaku.


                                   2.1                                        Aktiviti Berpasangan


              Memahami Kepentingan Kriptografi                                         Kaedah
                                                                                       Peta i-Think
              1.  Anda dan rakan perlu menyenaraikan kepentingan kriptografi dalam pengkomputeran.

              2.  Kumpulkan semua kepentingan yang telah disenaraikan dan bincangkan bersama-sama
                  rakan anda.
              3.  Catatkan hasil perbincangan anda dan rakan menggunakan peta pemikiran yang sesuai.

              4.  Lakukan pembentangan di hadapan kelas dan adakan sesi soal jawab bersama-sama
                  dengan murid yang lain.



                                                                                                 31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46