Page 43 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 43

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1


             (i)  Penyulitan (Encryption)                                      Penyulitan


             Penyulitan ialah satu komponen penting dalam bidang kriptografi.
             Penyulitan ialah satu proses penukaran teks biasa kepada teks
             sifer, iaitu teks dalam bentuk yang tidak bermakna apabila dibaca.

             Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan algoritma dan           goo.gl/NvYb3B

             kunci penyulitan. Rajah 2.3 menunjukkan proses penyulitan.



                      SELAMAT                                   SELAMAT
                      DATANG                                   DATANG
                                      Kunci dan
                                  algoritma penyulitan
                      Teks biasa                       Teks sifer
                                      Penyulitan
                              Rajah 2.3  Proses penyulitan

             Langkah-langkah penyulitan adalah seperti berikut.
             1.  Pengirim menghantar mesej (teks biasa) kepada penerima.
             2.  Mesej ini akan disulitkan menggunakan satu kunci dan
                algoritma penyulitan.                                          Penerangan
             3.  Teks sifer, iaitu teks yang tidak bermakna akan terhasil.     kriptografi tidak
                                                                               simetri
             (ii)  Nyahsulit (Decryption)

             Apabila suatu teks biasa  telah melalui proses penyulitan dan
             menghasilkan teks sifer, proses nyahsulit akan berlaku terhadap
             teks sifer untuk mendapatkan kembali teks biasa yang asal.         goo.gl/f8LCHE
             Secara umumnya, nyahsulit ialah proses untuk mengembalikan
             teks sifer menjadi teks biasa yang dapat dibaca dan mempunyai
             maksud. Seperti proses penyulitan, nyahsulit juga menggunakan
             suatu algoritma dan kunci nyahsulit. Rajah 2.4 menunjukkan

             proses nyahsulit.




                               SELAMAT                 SELAMAT
                               DATANG                  DATANG
                                       Kunci dan
                                   algoritma nyahsulit
                      Teks sifer                        Teks biasa
                                       Nyahsulit
                               Rajah 2.4  Proses nyahsulit                                   2.2

             Langkah-langkah nyahsulit adalah seperti berikut.               Adakah proses penyulitan

             1.  Teks sifer yang telah disulitkan akan dinyahsulit menggunakan   sama dengan proses
                satu kunci dan algoritma nyahsulit.                          nyahsulit? Terangkan.
             2.  Teks sifer akan menjadi teks biasa.
             3.  Penerima akan menerima teks biasa yang dapat dibaca.
                                                                                                 33
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48