Page 49 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 49

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1




                      2.2   Nyahsulit menggunakan Pigpen Cipher.

             Anda menerima teks sifer yang berikut. Nyahsulit mesej ini.

                                                                                             2.5
                  Teks sifer:                                                Adakah kunci penyulitan
                                                                             atau kunci nyahsulit
                                                                             digunakan dalam
                                                                             Pigpen Cipher?

             Rujuk Jadual 2.2, teks dapat dinyahsulit dengan mudah.



                  Teks biasa (selepas nyahsulit):
                  SERONOK BELAJAR








             (iii)  Transposition cipher                                       Transposition cipher

             Transposition cipher ialah suatu kaedah penyulitan yang berbeza
             dengan  Substitution cipher.  Substitution cipher menggantikan
             abjad dalam teks biasa dengan abjad lain atau simbol. Manakala
             Transposition cipher mengubah kedudukan abjad dalam teks           goo.gl/a66kQ2
             biasa. Abjad-abjad yang terkandung dalam teks biasa adalah
             tetap. Ini bermaksud, sifer ini melakukan perubahan terhadap
             kedudukan abjad-abjad dalam teks sahaja. Perubahan yang
             berlaku ini juga dikenali sebagai pemutaran atau pencampuran
             (scrambling). Penyulitan dan nyahsulit menggunakan Transposition
             cipher ini memerlukan penggunaan kunci. Anda akan mempelajari
             dua jenis Transposition cipher, iaitu Columnar Transposition dan
             Rail Fence Cipher.

             †† Columnar Transposition

             Columnar Transposition ialah satu contoh sifer transposisi
             yang menyulitkan satu mesej dengan menulisnya dalam jadual
             secara mendatar (horizontal) dengan bilangan lajur (column)
             yang telah ditetapkan. Satu perkataan dipilih untuk dijadikan
             kunci penyulitan. Bilangan abjad dalam kunci akan menentukan
             bilangan lajur dalam jadual manakala abjad-abjad yang ada
             dalam kunci akan menentukan cara bagi mengubah urutan
             abjad-abjad dalam mesej. Setiap abjad dalam mesej akan ditulis
             pada setiap petak dalam jadual.
                                                                                                 39
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54