Page 53 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 53

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1


                Perkara penting semasa nyahsulit teks sifer kepada teks biasa
             menggunakan Columnar Transposition ialah mengetahui bilangan
             lajur yang digunakan oleh penghantar mesej. Penerima mesej
             perlu mengira bilangan abjad dalam perkataan kunci untuk
             mendapatkan bilangan lajur pada jadual. Kemudian, abjad-abjad
             dalam teks sifer diisi semula ke dalam jadual secara menegak dan
             teks biasa akan diperoleh dari kiri ke kanan secara mendatar.

             †† Rail Fence Cipher                                              Rail Fence Cipher

             Rail Fence Cipher juga disebut sebagai  zig-zag cipher. Cara
             penyulitan adalah seperti namanya, iaitu abjad-abjad dalam
             teks biasa ditulis semula mengikut susunan baris demi baris dan
             mengikut corak  zig-zag seperti pagar.  Rail Fence Cipher perlu    goo.gl/WJeede
             dinyatakan kunci untuk penyulitan dan nyahsulit berlaku. Nilai
             kunci merujuk kepada bilangan baris yang digunakan. Rajah 2.9
             menunjukkan penyulitan teks biasa JUMPA DI PINTU 1 PUKUL
             1 menggunakan Rail Fence Cipher dengan kunci = 2.

              Kunci = 2 bermaksud dua baris digunakan.
              Isi abjad-abjad teks biasa dalam corak zig-zag baris demi baris.

               J     M     A     I     I     T     1     U     U     1
                (    (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (  (
                  U     P     D     P     N     U     P     K     L
                                                                             Ruang kosong diabaikan
              Teks  sifer  ditulis  secara  melintang  mulai  daripada baris   semasa penyulitan dan
                                                                             nyahsulit menggunakan
              pertama, iaitu JMAIIT1UU1UPDPNUPKL                             Rail Fence Cipher.

               Rajah 2.9  Penyulitan teks biasa menggunakan Rail Fence Cipher




                      2.5   Nyahsulit menggunakan Rail Fence Cipher.

             Rizal telah menerima teks sifer KMDENAIUICMRAGMREL berserta kunci = 3 daripada
             seorang rakan. Kaedah yang digunakan oleh rakannya ialah Rail Fence Cipher. Bantu Rizal
             nyahsulitkan mesej ini.


               Langkah 1

             Kunci yang diterima mewakili baris bagi jadual, iaitu 3. Bagi menentukan bilangan lajur,
             hitungkan jumlah abjad dalam teks sifer, iaitu 18. Ini bermaksud 18 lajur diperlukan. Bina
             satu jadual yang mempunyai tiga baris dan 18 lajur, seperti yang ditunjukkan di bawah.









                                                                                                 43
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58