Page 54 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 54

Langkah 2

           Tandakan petak menggunakan simbol “-” supaya menjadi corak zig-zag. Petak yang bertanda
           akan digunakan untuk mengisi abjad-abjad dalam teks sifer yang diberikan. Langkah ini
           dapat mengelakkan kesilapan mengisi abjad teks sifer.

             –                  –                  –                  –                   –

                  –        –         –         –        –         –        –         –        –
                       –                  –                  –                  –



              Langkah 3

           Pindahkan teks sifer KMDENAIUICMRAGMREL ke dalam jadual. Bermula dengan baris
           pertama, abjad diisi satu demi satu seperti yang ditunjukkan di bawah

             K                  M                  D                  E                  N

                  –        –         –         –        –         –        –         –        –
                       –                  –                  –                  –


              Langkah 4


           Selepas baris pertama, abjad-abjad yang seterusnya diisi di baris kedua dan baris ketiga
           sehingga semua abjad selesai diisi seperti yang ditunjukkan di bawah.

             K                  M                  D                  E                  N
                  A         I        U         I        C        M         R         A        G

                      M                   R                  E                  L


              Langkah 5

           Baca mesej yang dinyahsulit mengikut corak zig-zag seperti yang ditunjukkan di bawah.

             K                  M                  D                  E                  N

                  A         I        U         I        C        M         R         A        G
                      M                   R                  E                  L

           Mesej yang diperoleh ialah KAMIMURIDCEMERLANG. Ruang kosong diisi sendiri semasa
           membaca mesej, iaitu KAMI MURID CEMERLANG.






          44
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59