Page 45 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 45
Kriptografi dalam Keselamatan Data 2.1
Jadual 2.1 Cara-cara dan penerangan kepada tiga jenis Reverse cipher
Jenis Reverse cipher Penerangan dan contoh
Songsangan Susunan abjad A–Z sebelum dan selepas disongsangkan.
dilakukan
berdasarkan A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
abjad (A–Z) Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A
Mesej disulitkan dengan menggunakan abjad yang telah
disongsangkan. Sebagai contoh:
MESEJ SULIT ANDA NVHVQ HFORG ZMWZ
Teks biasa Teks sifer
Songsangan Mesej disulitkan dengan menggunakan abjad yang telah
dilakukan disongsangkan. Sebagai contoh:
berdasarkan
perkataan MESEJ SULIT ANDA JESEM TILUS ADNA
Teks biasa Teks sifer
Songsangan Songsangan dilakukan bermula dari abjad yang terakhir pada satu
dilakukan mesej yang hendak disulitkan. Sebagai contoh:
berdasarkan seluruh
mesej MESEJ SULIT ANDA ADNA TILUS JESEM
Teks biasa Teks sifer
2.2 Aktiviti Berpasangan
Penyulitan Menggunakan Reverse cipher Kaedah
Think-Pair-Share
1. Teliti mesej berikut:
JUARA IALAH KUMPULAN ZAMRUD
2. Anda diminta untuk menyulitkan mesej tersebut dengan menggunakan ketiga-tiga
jenis Reverse cipher.
3. Secara berpasangan, anda diminta berbincang dan berkongsi hasil kerja masing-
masing. Anda digalakkan bertanya dan membaiki hasil kerja masing-masing dengan
menulis di atas kertas yang sama.
4. Kemudian, anda dan rakan perlu menghasilkan satu mesej yang disulitkan dengan
Reverse cipher.
5. Setelah masa yang diperuntukan tamat, kumpulan anda perlu menukarkan mesej
yang disulitkan dengan kumpulan lain.
6. Dalam masa yang diperuntukkan, nyahsulitkan mesej yang diterima.
7. Kemudian bentangkan hasil dapatan masing-masing dalam kelas anda.
35

