Page 69 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 69

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1


             6.  Anda telah menerima satu teks sifer daripada rakan anda seperti berikut.


                               JSIRRJMUADADAAMYANEMXPATMKLXADAEAIX

                 Mesej asal bagi teks sifer itu telah disulitkan menggunakan Columnar Transposition
                 dengan lajur 5. Anda perlu menyahsulitkan teks sifer tersebut untuk mengetahui
                 apakah mesej yang rakan anda ingin sampaikan.
                 (a)  Berapakah bilangan baris yang akan anda gunakan?
                 (b)  Nyahsulitkan teks sifer tersebut.
                 (c)  Adakah terdapat huruf yang tidak digunakan dalam teks tersebut? Mengapa?




             Soalan Penyelesaian Masalah
            Ahmad dan  Mei Ling ialah  pengerusi dan bendahari bagi koperasi  sekolah. Setiap  hari,
             bendahari akan menyimpan kutipan wang di dalam peti wang yang disimpan dalam pejabat
             koperasi sekolah. Pin keselamatan peti wang dicatatkan dan disimpan dalam satu fail
             koperasi yang tersembunyi. Hal ini bagi memudahkan pengerusi koperasi membuat laporan
             dan guru koperasi mengeluarkan wang untuk dimasukkan ke dalam bank. Pada suatu hari,
             peti wang tersebut hilang. Pencuri yang mencuri wang tersebut tidak dapat ditangkap. Oleh
             yang demikian, Ahmad dan Mei Ling telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan
             bagi mencegah segala kes kecurian yang bakal berlaku. Bantu mereka dengan,
             (a)  mencadangkan  satu kaedah  Substitution  cipher dan satu kaedah  Transposition cipher
                 yang sesuai digunakan oleh Ahmad dan Mei Ling. Mengapakah kedua-dua jenis sifer
                 dicadangkan sesuai untuk digunakan? Berikan justifikasi anda.
             (b)  melakukan penyulitan menggunakan satu kaedah sifer yang baharu.

                 Teks biasa yang perlu disulitkan ialah nama fail koperasi yang tersembunyi, iaitu


                                    AKAUN AMANAH KOPERASI SEKOLAH



























                                                                                                 59
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74