Page 73 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 73

Pembangunan Algoritma   3.1


              Linear search                                                    Penerangan linear
                                                                               search
             Linear search  ialah satu teknik untuk mendapatkan item
             yang dikehendaki dalam satu senarai linear. Carian akan
             bermula dengan item pertama yang terdapat dalam senarai.
             Jika item pertama bukan item yang dikehendaki, carian akan
             diteruskan dengan item kedua. Jika item kedua bukan item yang      goo.gl/CWLfLM
             dikehendaki, carian akan diteruskan dengan item ketiga dan
             seterusnya sehingga item yang dikehendaki diperoleh. Jika item
             yang dikehendaki tidak diperoleh sehingga carian selesai, maka
             carian akan ditamatkan tanpa hasil.

                      3.1   Pencarian satu item menggunakan linear search.


              Erina dan kakaknya, Esma ingin membeli buah mangga untuk membuat puding. Mereka ke
              sebuah pasar raya yang menjual buah-buahan. Terdapat beberapa bahagian yang diletakkan
              dengan pelbagai jenis buah-buahan di sepanjang ruang jualan buah-buahan. Erina dan
              Esma berjalan di sepanjang ruang jualan buah-buahan itu untuk mencari buah mangga.
              Buah-buahan yang terdapat dalam setiap bahagian adalah seperti berikut:
                Bahagian          Bahagian         Bahagian          Bahagian         Bahagian
                pertama            kedua             ketiga          keempat           kelima






               Langkah 1

             Carian bermula di bahagian pertama. Adakah buah mangga berada di bahagian pertama?
                Bahagian          Bahagian         Bahagian          Bahagian         Bahagian
                pertama            kedua             ketiga          keempat           kelima






               Langkah 2

             Bahagian pertama mengandungi buah pisang, bukan buah mangga. Carian akan menuju ke
             bahagian kedua. Adakah buah mangga berada di bahagian kedua?
                Bahagian          Bahagian         Bahagian          Bahagian         Bahagian
                pertama            kedua             ketiga          keempat           kelima






                                                                                                 63
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78