Page 72 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 72

3.1         PEMBANGUNAN ALGORITMA





                                     Algoritma ialah satu siri langkah atau tindakan yang jelas yang
                                     perlu dilaksanakan untuk menghasilkan output yang dikehendaki.
                                     Dalam bidang pengkomputeran, pengatur cara akan membina atur
             Algoritma ialah salah
             satu teknik penyelesaian   cara berpandukan algoritma yang dibangunkan terlebih dahulu.
             masalah. Algoritma      Pembangunan algoritma merupakan satu teknik pengitlakan yang
             boleh diwakili dengan   melibatkan pembinaan langkah-langkah penyelesaian masalah.
             pembinaan pseudokod         Tugas ahli-ahli dalam bidang sains komputer adalah mengkaji
             dan carta alir.         dan membangunkan algoritma dengan tujuan untuk menyelesaikan
                                     masalah-masalah pengaturcaraan. Antara  faedah yang diperoleh
                                     daripada kajian serta pembangunan algoritma yang dilakukan
                                     adalah seperti berikut:
               Search dan Sort
               dalam e-mel               1.  Memahami bagaimana komputer memproses urutan
                                            tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan.
                                         2.  Mempelajari cara menulis algoritma yang teratur,
                                            mudah dibaca dan difahami.
                                         3.  Mempelajari cara menulis algoritma dengan cekap.
                goo.gl/noGM8v            4.  Mempelajari cara melakukan penambahbaikan pada
                                            algoritma.

                                         Dalam bab ini, anda akan mempelajari algoritma bagi dua jenis
                                     masalah pengaturcaraan, iaitu algoritma search dan algoritma sort.


                                        3.1.1   Ciri-ciri Search dan Sort
                 Pembelajaran        Zulaikha ingin mendapatkan sebuah buku di perpustakaan

            Murid boleh:             untuk digunakan sebagai rujukan semasa membuat tugasan.
            3.1.1   Mengenal pasti    Bagaimanakah Zulaikha mencari buku yang dikehendakinya
                 ciri-ciri search    di perpustakaan? Terdapat lebih daripada satu cara atau teknik
                 (linear, binary) dan    search boleh digunakan bagi mencari buku-buku di perpustakaan
                 sort (bubble, bucket)  bergantung kepada bagaimana buku-buku tersebut disusun.

                                      (i)  Search

                                     Search ialah proses untuk mendapatkan suatu item tertentu yang
                                     terkandung dalam satu senarai. Dalam bidang pengkomputeraan,
             Search dan sort hanya   search amat penting untuk membantu manusia mendapatkan
             akan berlaku apabila    maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat. Manusia boleh
             terdapat satu senarai   mengarahkan  aplikasi  pemprosesan  kata  untuk  mencari  satu
             atau pangkalan data.
                                     perkataan yang berulang dalam suatu senarai.
                                         Dalam bab ini, dua jenis search akan dipelajari, iaitu linear
                                     search dan binary search.
          62
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77