Page 65 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 65

Kriptografi dalam Keselamatan Data  2.1



                                                                2.1



             1.  Terangkan maksud kriptografi (cryptography) dan kepentingannya.
             2.  Mengapakah kriptografi dianggap penting pada zaman moden ini?

             3.  Nyatakan  empat kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi. Kemudian,
                padankan setiap kepentingan dengan penerangan yang betul.


                   Kepentingan perkhidmatan
                  keselamatan data kriptografi                       Penerangan
                                                    Pengenalpastian pihak-pihak yang terlibat dalam
                                                    suatu komunikasi.
                                                    Kesulitan sesuatu maklumat yang dihantar
                                                    melalui rangkaian komputer terjamin.
                                                    Perkhidmatan keselamatan yang mengenal pasti
                                                    sebarang perubahan terhadap maklumat atau
                                                    data oleh pihak lain.
                                                    Membuktikan penghantar dan penerima
                                                    maklumat tidak menafikan bahawa mereka
                                                    menghantar dan menerima maklumat tersebut.


             4.  Terangkan maksud bagi istilah berikut yang digunakan dalam proses sifer.
                (a) Teks biasa (plaintext)     (c) Penyulitan      (e) Kunci
                (b) Teks sifer (ciphertext)    (d) Nyahsulit       (f)  Sifer (cipher)
             5.  Sulitkan mesej SAYA TELAH BERJAYA dengan menggunakan Reverse cipher.

             6.  Aminah menerima satu mesej sulit dan tip daripada ibunya seperti berikut.

                  Mesej:                                      Tip:
                  MR MJUJV KNTJB KNAJB                        K = (30 – (90 ÷ 30)) ÷ 3


                Bantu Aminah menyahsulit mesej tersebut untuk mengetahui tempat ibunya menyimpan
                wang untuk membeli roti.

             7.  Dengan menggunakan kaedah Pigpen Cipher, laksanakan proses penyulitan untuk mesej
                SAYA AKAN PERGI BERKELAH.

             8.  Nathan perlu menyulitkan mesej  “SAYA  TELAH MENERIMA MESEJ  ANDA”
                dengan menggunakan kaedah Rail Fence Cipher, kunci = 4. Anda perlu membantu Nathan
                untuk menyulitkan dan menyahsulitkan mesej balasan “JAPUJMAEGMALMTNPIA”
                yang diterima oleh Nathan.
             9.  Bandingkan kekuatan dan kelemahan kaedah-kaedah sifer yang telah digunakan di
                soalan 6, 7 dan 8.

                                                                                                 55
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70