Page 75 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 75

Pembangunan Algoritma   3.1

             Nama murid yang disenaraikan oleh Cikgu Aiman ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
                          Jadual 3.1  Senarai nama murid yang mendapat 90 markah dan ke atas

                                             NAMA MURID                       MARKAH

                        1   ALIF QUSYAIRI BIN MUAZ                                98
                        2   DHESIGAN A/L SUBRA                                    90

                        3   MOEY KAM SENG                                         90
                        4   MONISA ANAK BALANGAN                                  90

                        5   NUR AIN SHAZWANI BINTI AMIR FIRDAUS                   98
                        6   NUR ALIA FARIESYA BINTI ZUHRI                         96



                Algoritma  linear search ialah satu algoritma yang sangat                    3.1
             mudah.  Item-item  dalam  senarai tidak  perlu  diisih mengikut
             urutan terlebih dahulu apabila linear search ingin diaplikasikan.   Fikirkan satu situasi
             Walau bagaimanapun,  linear search ini tidak begitu efisien     harian yang melibatkan
             kerana teknik ini akan menyemak setiap item yang terdapat       linear search.
             dalam senarai. Cara penyemakan ini memerlukan masa yang
             panjang, terutamanya jika senarai mengandungi terlalu banyak
             item. Jika item yang dicari berada di akhir senarai atau item yang
             dicari tidak berada dalam senarai, carian akan tetap dilakukan
             sehingga item yang terakhir.
                                                                               Penerangan binary
              Binary search                                                    search

             Binary search ialah teknik carian yang melibatkan keputusan
             dwipilihan. Sebelum melakukan binary search, item-item dalam
             senarai perlu diisih dalam urutan menaik. Kemudian, item yang      goo.gl/fGtBUX
             berada di tengah senarai akan disemak. Jika item di tengah ialah
             item yang dikehendaki, maka carian akan tamat. Jika tidak, item
             yang dikehendaki dibandingkan dengan item di tengah senarai
             itu. Jika item yang dikehendaki lebih kecil, maka item di tengah
             senarai serta semua item di sebelah kanannya diabaikan. Jika
             item yang dikehendaki lebih besar, maka item di tengah senarai
             serta semua item di sebelah kirinya diabaikan. Proses ini diulang
             pada senarai item yang tinggal dan berterusan sehingga item
             yang dikehendaki diperoleh. Jika item yang dikehendaki tidak
             diperoleh apabila carian selesai, maka carian akan ditamatkan                   3.2
             tanpa hasil.
                                                                             Fikirkan satu situasi
                Binary search adalah lebih efisien dan menjimatkan masa      harian yang melibatkan
             berbanding dengan  linear search kerana  binary search tidak    binary search.
             perlu menyemak setiap item dalam senarai.  Binary search ini
             juga sesuai digunakan pada senarai dengan item yang banyak.
                                                                                                 65
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80