Page 79 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 79
Pembangunan Algoritma 3.1
(ii) Sort Penerangan tentang
bubble sort
Sort ialah proses mengisih atau menyusun item-item dalam
suatu senarai linear mengikut urutan yang tertentu. Dalam
bidang perkomputeran, sort ialah teknik yang penting untuk
mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat.
Antara contoh sort dalam kehidupan seharian ialah mengisih goo.gl/yJD8Qg
surat-surat di pejabat pos mengikut negeri, menyusun senarai
nama murid mengikut abjad dan menyusun murid-murid ke
dalam barisan mengikut rumah sukan.
Dalam bab ini, dua jenis sort akan dipelajari, iaitu bubble sort
dan bucket sort.
Bubble sort
Bubble sort ialah satu teknik pengisihan yang mudah untuk mengisih item-item dalam senarai
mengikut urutan menaik atau menurun. Teknik isihan ini bermula dengan membandingkan
dua item pertama dalam senarai. Bagi isihan yang melibatkan urutan menaik, item pertama
dengan item kedua akan bertukar tempat jika nilai item pertama lebih besar daripada nilai item
kedua. Bagi isihan yang melibatkan urutan menurun, item pertama dengan item kedua akan
bertukar tempat jika nilai item pertama lebih kecil daripada nilai item kedua. Perbandingan
dua item bersebelahan akan berterusan pada item-item seterusnya sehingga ke item terakhir.
3.5 Isihan mengikut urutan menurun menggunakan bubble sort.
4 1 9 5 3
Langkah 1
4 1 9 5 3 Bandingkan dua item pertama dalam senarai,
iaitu 4 dengan 1. Oleh sebab 4 > 1, maka
tiada sebarang penukaran tempat dilakukan.
Langkah 2
4 1 9 5 3 Bandingkan dua item seterusnya, iaitu
1 dengan 9. Perhatikan bahawa 1 < 9. Maka,
penukaran tempat perlu dilakukan antara
1 dengan 9.
4 9 1 5 3
Langkah 3
4 9 1 5 3 Seterusnya, bandingkan 1 dengan 5. Penukaran
tempat perlu dilakukan kerana 1 < 5.
4 9 5 1 3
69

