Page 80 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 80

Langkah 4


             4      9      5      1      3           Dua item seterusnya yang perlu dibandingkan
                                                     ialah 1 dengan 3. Oleh sebab 1 < 3, maka
                                                     kedua-dua item perlu saling bertukar.

             4      9      5      3      1


               Perhatikan bahawa kesemua item telah melalui proses  bubble sort tetapi senarainya
           masih belum berada dalam urutan menurun. Maka, proses perbandingan diulang semula.

                                        4      9     5      3      1


            Langkah 5

             4      9      5      3      1           Bandingkan semula item pertama dengan
                                                     item kedua. Perhatikan 4 < 9. Maka
                                                     kedua-dua item perlu saling bertukar.

             9      4      5      3      1

            Langkah 6


             9      4      5      3      1           Bandingkan pula 4 dengan 5. Perhatikan
                                                     4 < 5, maka kedua-dua item itu perlu saling
                                                     bertukar.
             9      5      4      3      1


            Langkah 7

             9      5      4      3      1           Seterusnya, bandingkan 4 dengan 3.
                                                     Kedua-dua item ini berada pada tempat yang
                                                     betul dan tidak perlu ditukar.
            Langkah 8

             9      5      4      3      1           Bandingkan dua item yang terakhir. Oleh
                                                     sebab 3 > 1, maka kedua-dua item itu tidak
                                                     perlu ditukar.


           Perhatikan bahawa kesemua item telah diisih mengikut urutan menurun. Maka, proses
           bubble sort dihentikan.

                                        9     5      4      3      1




          70
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85