Page 83 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 83
Pembangunan Algoritma 3.1
3.1.2(i) Menulis Pseudokod dan Melukis Carta Pembelajaran
Alir bagi Linear Search
Murid boleh:
Algoritma ialah satu set langkah yang teratur untuk dilakukan 3.1.2 Menulis pseudokod
bagi mencapai sesuatu hasil yang diinginkan. Algoritma wujud dan melukis carta alir
dalam kebanyakan aktiviti harian seperti memasak, membasuh yang menunjukkan:
pakaian, menganjurkan sesuatu majlis dan menyelesaikan sesuatu (i) linear search
masalah. Jika langkah-langkah dalam algoritma yang telah dibina
tidak diikuti dengan betul, hasil atau output yang diperoleh
berkemungkinan tidak seperti yang dikehendaki.
Algoritma boleh diwakilkan dalam bentuk pseudokod atau
carta alir. Pseudokod ialah perwakilan algoritma dalam bahasa
yang boleh difahami manakala carta alir adalah perwakilan Semasa di Tingkatan 1,
algoritma dalam bentuk grafik. anda telah mempelajari
pembangunan agoritma
Oleh itu, sebelum menyelesaikan sesuatu masalah khususnya yang melibatkan struktur
dalam bidang pengkomputeran, pseudokod dan carta alir perlu kawalan pilihan, struktur
dibina supaya set langkah yang dihasilkan jelas dan mudah kawalan ulangan dan
difahami. Pembinaan algoritma juga memudahkan seseorang cara mengesan ralat
untuk mengesan ralat yang ada sekiranya output yang diperoleh pada algoritma dalam
mempunyai kesilapan selain dapat memastikan output yang penyelesaian masalah.
dihasilkan adalah output yang diingini. Semasa di Tingkatan 2
pula, anda telah
Langkah-langkah pembinaan pseudokod dan mempelajari pembangunan
3.7 carta alir bagi linear search untuk mencari satu algoritma yang melibatkan
nombor dalam senarai yang rawak (random list). struktur kawalan pilihan
bersarang, struktur
kawalan ulangan dan cara
Carian suatu nombor menggunakan senarai mengesan serta membaiki
[10, 82, 5, 18, 27, 15, 44, 100, 42, 99]. ralat dalam pseudokod
dan carta alir dalam
Langkah 1 Memahami proses linear search dengan penyelesaian masalah.
membina algoritma
Algoritma bagi proses linear search dirumuskan seperti Rajah 3.2.
1. Mula dengan item pertama dalam senarai. Algoritma dalam
2. Bandingkan item carian dengan item pertama. linear search
3. Jika nilai item carian sama dengan nilai item pertama,
carian dihentikan.
4. Jika nilai item carian tidak sama dengan nilai item
pertama, ulang Langkah 2 hingga Langkah 4 dengan goo.gl/mXnQgH
item yang berikutnya dalam senarai.
5. Carian tamat apabila item carian diperoleh atau
apabila semua item telah disemak.
Rajah 3.2 Algoritma proses linear search
73

