Page 88 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 88

Langkah 2      Menulis pseudokod dan melukis carta alir


                                     Terdapat beberapa pemboleh ubah yang terlibat dalam binary
                                     search ini.


                                      Katakan:
                                      •  L ialah senarai yang mengandungi 26 item A hingga Z.
             j ialah pemboleh ubah    •  n ialah pemboleh ubah yang mewakili bilangan item dalam
             bagi indeks terakhir
             dalam senarai. Untuk        senarai L.
             mendapatkan nilai j,     •  i ialah pemboleh ubah yang mewakili kedudukan item
             bilangan item dalam         dalam senarai.
             senarai perlu ditolak
             dengan 1 kerana indeks   •  m ialah pemboleh ubah yang mewakili kedudukan item
             bermula dengan nilai 0.     pertengahan dalam senarai.

                                      •  b ialah pemboleh ubah yang mewakili nilai
                                         item carian.
                                      •  j ialah n – 1.


                                         Rajah 3.6 dan Rajah 3.7 menunjukkan pseudokod dan carta
                                     alir yang dibina.


                                       1   Menulis pseudokod



                                       1  Mula
                                       2  Setkan senarai L = [A, B, C, D … Z]
                                       3  Isytihar pemboleh ubah n, i, j, m, b
             Semasa penulisan          4  Setkan n = 26
             pseudokod, kegunaan       5  Setkan i = 0
             inden adalah amat         6  Setkan j = n – 1
             penting, terutamanya jika   7  Masukkan satu nilai carian b
             banyak struktur kawalan   8  while i < j
             digunakan.
                                          8.1 Setkan m = (i + j)/2
                                          8.2 Jika b == L   m
                                               8.2.1 Papar “Item ada dalam senarai”
                                               8.2.2 Keluar gelung
                                          8.3 Jika tidak
                                               8.3.1 Jika b < L   m
                                                      8.3.1.1 Kira j = m – 1
                                               8.3.2 Jika tidak
                                                      8.3.2.1 Kira i = m + 1
                                               8.3.3 Tamat jika
                                          8.4 Tamat jika
                                       9  Tamat
                                                  Rajah 3.6  Pseudokod bagi binary search

          78
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93