Page 161 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 161
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Murid-murid telah menghadiri program Bina Insan anjuran pihak sekolah.
Murid-murid diminta menganalisis pemikiran positif yang diterapkan dalam
program tersebut. Dapatan murid dipersembahkan dalam bentuk peta
pemikiran.
2. Lengkapkan peta pemikiran di bawah dan kemudian bincangkan.
Pemikiran Cara
Negatif Menangani
Pemikiran
Terganggu
Bina situasi
berdasarkan
pemikiran
tersebut
Emosi
Terganggu
3. Bagaimanakah murid-murid berfikiran positif dalam situasi di bawah.
Siapa lebih bijak?
Shidah selalu rasa rendah diri dalam keluarganya kerana tidak sepandai kakaknya. PEERS
Mental dan emosi Shidah terganggu. Shidah bertuah kerana mempunyai seorang nenek
yang selalu mendengar rintihannya. Nenek selalu berpesan, “Shidah, kebijaksanaan
seseorang itu berbeza. Shidah budak yang bijak.” Apakah nasihat anda kepada Shidah?
1
Stres
Mei Hwa sedang duduk termenung di dalam biliknya. Fikirannya terganggu kerana ibu
bapanya memaksa Mei Hwa memasuki sekolah berasrama penuh. Mei Hwa ingin tinggal
di rumah dan bersekolah di sekolah yang berhampiran rumahnya. Apakah yang harus
dia lakukan?
153

