Page 24 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 24

Joget dan Sumazau




                        Asas Tarian Joget


                 Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Joget merupakan satu
                 tarian tradisional yang  popular  dan ditarikan oleh  pelbagai  kaum di  Malaysia.
                 Tarian ini biasanya dipersembahkan secara berpasangan oleh penari lelaki dan
                 perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Joget juga
                 dikenali sebagai ronggeng.





                   1    Setempat















         Pergerakan Berirama
                 •   Membuat pergerakan setempat.
         2
                 •   Hujung kaki kanan dan kaki kiri menyentuh lantai secara berselang-seli.
                 •   Kedua-dua tangan murid lelaki dibuka ke sisi manakala murid perempuan siku dirapatkan.


                   2    Maju dan Undur

















                 •   Murid melakukan langkah seperti pergerakan setempat.
                 •   Maju beberapa langkah kecil ke hadapan kemudian undur beberapa langkah kecil
                     ke belakang mengikut kiraan.







                16    1.2.2, 2.1.2, 5.4.3
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29