Page 22 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 22

Bangkit Bersama




                 Malaysia dipilih menjadi tuan rumah sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
                 Bagi meraikan temasya tersebut, guru anda telah menyediakan satu persembahan
                 pergerakan kreatif berdasarkan tema sukan SEA, iaitu “Bangkit Bersama”.  Mari
                 kita lakukan empat rangkaian pergerakan kreatif tersebut mengikut lagu “Kuasa
                 Juara” secara berturutan. Dapatkah anda mengenal pasti kemahiran lokomotor,
                 bukan lokomotor, dan langkah lurus yang terlibat?


                   1                                                          Murid bersedia dan berdiri
                                                                              di dalam gelung.
                                                                              1.  Apabila muzik bermula,
                                                                                  murid akan melakukan
                                                                                  empat aksi sukan (contoh
                                                                                  aksi lontar peluru, bola
                                                                                  jaring, badminton
                                                                                  dan memanah).
                                                                              •   Ulang aksi sebanyak
                                                                                  lapan kali.
                                                                              2.  Bergerak keluar dari
                                                                                  gelung mengikut arah
                                                                                  lawan jam.
                                                                              3.  Lakukan dua pergerakan
                                                                                  lokomotor dan dua
         Pergerakan Berirama
                                                                                  langkah lurus.
                                                                              4.  Berada dalam gelung
         2
                                                                                  seterusnya. Lakukan aksi
                                                                                  seperti mengilas
                                                                                  dan memusing.
                                                                              •   Ulang sebanyak lapan kali
                   2                                                              mengikut tempo lagu.






                                                                              1.  Murid bergerak keluar
                                                                                  dari gelung.
                                                                              2.  Murid bebas melakukan
                                                                                  pelbagai aksi sukan.
                                                                                  Contoh aksi lari
                                                                                     berganti-ganti,
                                                                                     badminton, bola sepak
                                                                                     dan bola jaring.
                                                                              •   Murid boleh lakukan aksi
                                                                                  secara berpasangan.
                                                                              3.  Ulang aksi sebanyak lapan
                                                                                  kali mengikut tempo lagu.



                14                                                                    1.2.1, 2.1.1, 5.2.3, 5.4.2
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27