Page 115 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 115
Aktiviti
Tujuan:
1. Mengenal pasti seni seramik dalam bidang Seni Kraf.
2. Menjelaskan prinsip seni seramik.
Langkah:
1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Setiap pasangan dikehendaki mencari satu contoh seni seramik dan maklumat berikut:
(a) Prinsip asas seni seramik (b) Jenis seni seramik (c) Teknik seni seramik
3. Dapatkan maklumat daripada bahan bacaan atau carian di laman sesawang.
4. Catatkan maklumat yang didapati untuk dipersembahkan di dalam kelas.
Jadual 9.1 Contoh hasil perbincangan
Contoh Jenis Prinsip asas Teknik
Seni Seramik Seni Seramik Seni Seramik Seni Seramik
Mangkuk Seni Seramik Kontemporari Imbangan Lempar alin
5. Catatkan semua maklumat yang dibincangkan dalam buku nota anda.
Soalan: Apakah perbezaan antara teknik penghasilan seni seramik tradisional dengan kontemporari?
Latihan Formatif
Banding bezakan seni seramik tradisional dengan seni seramik kontemporari. Gunakan peta
pemikiran berikut.
Seni Seni
Seramik Seramik
Tradisional Kontemporari
107

