Page 120 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 120
Apresiasi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
9.4.1 Mempamerkan hasil
Anda akan mempamerkan produk yang dihasilkan dalam produk seni seramik.
Ekspresi Seni. Penerangan anda mestilah berpandukan Bahasa 9.4.2 Menghayati hasil
Seni Visual yang tepat. Kaitkan Bahasa Seni Visual yang dipilih. produk seni seramik
Anda boleh berkongsi pengalaman semasa menghasilkan sendiri dan rakan
produk untuk dihayati bersama dalam Apresiasi Seni. dengan menumpukan
pada aspek Bahasa
Seni Visual.
9.4.3 Menjelaskan
pengalaman sendiri
Tumpu dalam penghasilan
Galeri produk seni seramik.
Tujuan: Menghasilkan produk seni seramik dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif
dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual.
Bahan: Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni.
Langkah:
1. Guru akan memilih beberapa hasil seni yang terbaik untuk dipamerkan.
2. Murid memperagakan hasil produk seni seramik dengan meletakkan di atas meja dan
disusun di ruang pameran di dalam bilik darjah.
3. Semua murid dan guru akan bergerak dari satu produk ke satu produk yang lain.
4. Pemilik karya terpilih akan diberikan masa 2-3 minit untuk membuat apresiasi tentang
produk mereka.
Nota Guru
Panduan membuat apresiasi
karya seni dari aspek:
• Pemilihan alatan dan
bahan.
• Penguasaan bahan dan
teknik yang dipilih.
• Bahasa Seni Visual yang
ditekankan.
Gambar foto 9.3 Murid mempamerkan hasil seni seramik
112

