Page 118 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 118

AKTIVITI B - Pasu Bunga - Teknik Lingkaran
                                                                              iMbAs sAyA

           Alat: Alat ukir seramik dan berus.
                                                                               Teknik lingkaran.
           Bahan: Tanah liat dan cat akrilik (pelbagai warna).


                                    1     Sediakan dahulu kepingan                goo.gl/9smtbM
           Langkah:

                                          tapak. Tanah liat diuli di atas
                                          meja dan dibentuk menjadi
                                          bebola, tekan dan ratakan
                                          menjadi bentuk kepingan.





                Teknik lingkaran ialah proses sambungan beberapa   2
                lingkaran tanah liat. Buat lingkaran tanah liat dengan
                kedua-dua belah tangan di atas meja kayu mengikut
                panjang dan ketebalan yang sama.
                                               3       Guriskan bahagian tepi tapak dengan jarum



                                                       atau alatan tajam. Sapu dengan lumpur
                                                       tanah liat (slip) menggunakan berus.







               Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak.  4
               Potong lingkaran yang berlebihan, guris bahagian
               tersebut dan cantumkan dengan slip. Ulangi proses
               ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki.
                                       5       Ratakan bahagian sambungan lilitan dengan


                                               berus atau alat ukir seramik. Tambahkan
                                               lingkaran pada bahagian luar sebagai hiasan.









                         Keringkan sebelum  6
                         diwarnakan dengan
                         cat akrilik.
       110
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123