Page 116 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 116

Eksplorasi Seni                                                 Standard Pembelajaran
                                                                             Murid boleh:
                                                                             9.2.1  Membuat
           Anda  telah memahami  prinsip asas,  jenis,  teknik dan  fungsi        eksperimentasi
           seni seramik. Mari kita lakukan aktiviti eksplorasi berikut            dan penerokaan
           secara aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Anda                  alatan, bahan dan
           boleh mengaplikasikan konsep meja bulat  semasa melakukan              teknik berdasarkan
           perbincangan untuk memahami seni seramik dengan lebih lanjut.          kefahaman terhadap
                                                                                  konsep penghasilan
                                                                                  seni seramik.

                      Aktiviti inkuiRi




           Tujuan:
           1.  Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta penerokaan
               terhadap seni seramik melalui penggunaan alatan, bahan dan teknik.
           2.  Menganalisis dan memanipulasi hasil eksperimentasi serta penerokaan terhadap seni seramik
               melalui penggunaan alatan, bahan dan teknik.


           Langkah:
           1.  Bahagikan murid kepada lima kumpulan.
           2.  Murid membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan, bahan serta teknik berdasarkan
               kefahaman terhadap konsep penghasilan seni seramik:

             Kumpulan 1        Kumpulan 2        Kumpulan 3       Kumpulan 4        Kumpulan 5
            menghasilkan      menghasilkan      menghasilkan     menghasilkan      menghasilkan
            seni seramik      seni seramik      seni seramik     seni seramik      seni seramik
            melalui teknik    melalui teknik    melalui teknik   melalui teknik    melalui teknik
            picit.            lingkaran.        kepingan.        acuan.            lempar alin.


                                    Jadual 9.2  Hasil eksperimentasi seni seramik
               Kumpulan         Teknik         Alatan       Bahan            Contoh hasil
              Kumpulan 3 Teknik kepingan Alat ukir       Tanah liat
                                            seramik,
                                            penggelek,
                                            pisau






           3.  Semua dapatan akan ditampal dan dipamerkan mengikut stesen PAK21. Seterusnya, setiap
               ketua kumpulan akan membentangkan hasil penemuan mengikut giliran.
           4.  Murid membuat catatan dalam artist book masing-masing.



       108
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121