Page 31 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 31

Apresiasi Seni                                                 Standard Pembelajaran
                                                                               Murid boleh:
                                                                               2.4.1  Mempamerkan hasil
             Pada bahagian Apresiasi Seni ini, murid akan mempamerkan              karya.
             hasil karya yang telah didokumentasikan dalam Ekspresi Seni.      2.4.2  Menghayati hasil karya
             Kongsikan pengalaman anda dalam menghasilkan karya tersebut.          sendiri dan rakan
             Anda boleh menggunakan panduan berikut untuk menerangkan              dengan menumpukan
             karya seni anda:                                                      pada aspek media dan
                                                                                   teknik.
                •  Kesesuaian aksi atau perspektif yang dipilih.               2.4.3  Menjelaskan
                •  Kesesuaian media dan teknik yang digunakan.                     pengalaman sendiri
                                                                                   dalam penghasilan
                                                                                   karya.



                      Tumpu
                          Galeri


             Tujuan: Menghasilkan karya seni lukisan dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan
                    inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual.

             Bahan: Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni.


             Langkah:
             1.  Guru akan memilih sepuluh hasil karya seni murid yang terbaik.
             2.  Pamerkan hasil karya tersebut di hadapan kelas.
             3.  Setiap pemilik karya terpilih perlu membuat apresiasi berpandukan aspek media dan teknik
                dalam penghasilan karya.
             4.  Murid lain boleh bertanya soalan atau memberi pandangan masing-masing.
             5.  Catatkan maklumat dan pemerhatian anda dalam buku nota.





             Nota Guru
              Panduan membuat apresiasi
              karya seni dari aspek:
              •  Pemilihan tajuk dan tema.
              •  Penguasaan bahan dan
                teknik.
              •  Bahasa Seni Visual yang
                ditekankan.









                                                       Gambar foto 2.4  Sesi Apresiasi Seni
                                                                                                    23
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36