Page 36 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 36

Persepsi Seni                                                   Standard Pembelajaran
                                                                             Murid boleh:
                                                                             3.1.1  Menjelaskan definisi
           Definisi Catan                                                         catan.
                                                                             3.1.2  Memerihalkan tentang

           Catan ialah proses menggambar dengan menggunakan media basah           perkembangan seni
                                                                                  catan dari aspek:
           yang disapu ke atas pelbagai permukaan dua dimensi (2D) seperti        (i)  Pelukis cat air
           kanvas, kertas atau kayu.                                                 tempatan
                                                                                  (ii)  Karya catan pelukis
           Sejarah Perkembangan Seni Catan                                           tempatan


           Pelukis Cat Air Tempatan
           Perkembangan seni catan dalam tajuk ini merangkumi jangka
           masa antara tahun 1930-an hingga 1950-an, iaitu zaman sebelum
           merdeka dan awal merdeka. Seni catan cat air di Malaysia dipercayai     Tahukah Anda ?
           berkembang seawal tahun 1930-an.  Pelukis-pelukis  cat air Pulau
           Pinang menjadi perintis kepada seni catan moden Malaysia.          Berikut adalah contoh
           Karya cat air  mereka  ketika  itu terpengaruh dengan gaya  aliran   pelukis-pelukis terkenal
           impresionisme yang menggambarkan  pemandangan alam semula          dunia:
           jadi dan aktiviti kehidupan seharian.                              •  Leonardo da Vinci
                 Contoh pelukis cat air tempatan terawal ialah Yong Mun Sen,   •  Albrecht Durer
           Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Khaw Sia dan Ibrahim Abu@A.B          •  Paul Cezanne
                                                                              •  Vincent van Gogh
           Ibrahim. Karya-karya mereka memperlihatkan kepakaran dalam         •  Pablo Picasso
           mengolah cat air yang mampu merakamkan kesan cahaya dan            •  Salvador Dali
           bayang. Hasil karya mereka dapat dihayati menerusi sapuan-sapuan   •  Jackson Pollock
           berus dan warna yang spontan. Cat air sering digunakan kerana      •  Paul Gaugain
           cat ini mudah diperoleh dan sesuai digunakan untuk menghasilkan
           karya ketika berada di luar.
                                               Abdullah Ariff
                                               •  Karya-karya cat air beliau banyak menampilkan
                                                 tema landskap hasil penghayatan dan pemerhatian
                                                 beliau terhadap persekitaran. Contohnya karya 'Pokok
                                                 Mengkuang, Bukit Mertajam', 1950.
                                               •  Tema karya beliau juga menyentuh kekayaan hasil bumi
                                                 Malaysia seperti karya 'Bumi Bahagia-Lombong Bijeh
                                                 Timah Malaya ', 1960.

                Pokok Mengkuang, Bukit Mertajam,
                1950, cat air
                                                   Yong Mun Sen
              •  Gemar menampilkan tema alam dan manusia dalam karya
                cat air beliau.
              •  Menggunakan sapuan berus kaligrafi Cina yang halus.
              •  Terpengaruh dengan gaya aliran impresionisme Eropah
                khususnya Paul Gauguin yang merujuk kepada olahan
                subjek figura beliau.
                                                                       The Harvesters, 1948, cat air
        28
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41