Page 37 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 37

Ibrahim Abu@A.B. Ibrahim
                                                 •  Pelukis didikan sendiri yang menyara hidup dengan melukis.
                                                 •  Mahir menghasilkan karya cat air bertemakan landskap
                                                   dengan suasana yang nostalgik. Contohnya karya
                                                   'Malacca Gate', koleksi tetap Lembaga Pembangunan
                                                   Seni Visual Negara (LPSVN).
                                                 •  Karya cat air beliau pernah diterbitkan dalam majalah
                                                   seperti Mastika (1957, 1959, 1967, 1969) dan Dewan
                                                   Sastera (1971, 1972).
                    Fishing Village, 1958, cat air
                                                          Khaw Sia
               •  Pernah menerima bimbingan daripada Sir Russel Flint di
                 England tahun 1933 dalam karya cat air.
               •  Menggemari tema bunga seperti orkid dan canna dalam
                 karyanya kerana minat dan juga menjadi ahli Persatuan
                 Orkid Amerika.
               •  Memaparkan tema keindahan landskap dan bangunan hasil
                 pemerhatian beliau di negara-negara yang pernah dilawati.
               •  Terpengaruh dengan gaya aliran impresionisme.

                                                                             Bunga canna, 1940, cat air
                                Rajah 3.1  Contoh pelukis-pelukis awal cat air di negara ini


             Karya Catan Pelukis Tempatan                                           Tahukah Anda ?
             Kemunculan pelukis-pelukis tanah air telah merancakkan
             lagi perkembangan seni catan di negara ini. Mereka tidak           Cat minyak ialah cat yang
                                                                                mengandungi minyak
             mengehadkan penggunaan cat air semata-mata, sebaliknya             pengering (drying oil  )
             menggunakan bahan lain seperti cat minyak, fresko, cat             yang berfungsi untuk
             tempera, cat akrilik dan media campuran.                           mendapatkan kepekatan.
                                                                                Cat akrilik pula ialah
                                                                                sejenis cat sintetik yang
                                          Syed Ahmad Jamal,                     berasaskan air.
                                          Joget, 1957, cat minyak



                                                                        Zakariah Noor, Membina
                                                                        Perahu, 1956, cat air







                                           Tay Hooi Keat, Pengayuh Beca,
                                           Saigon, 1959, media campuran


                                                    Chuah Thean Teng, Pergi
                                                    Ke Pasar, 1959, batik

                                Rajah 3.2  Contoh-contoh karya seni catan pelukis tempatan
                                                                                                    29
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42