Page 39 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 39
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
3.2.1 Membuat
Bahan atau media merujuk kepada penggunaan bahan tertentu eksperimentasi dan
oleh pelukis untuk menghasilkan karyanya. Jenis bahan yang penerokaan media
sering digunakan untuk seni catan ialah cat air, cat minyak, cat dan teknik dalam
akrilik, cat poster, cat tempera, cat gouache dan fresko. penghasilan seni catan
menggunakan:
(i) Media
(ii) Teknik
Aktiviti inkuiRi
iMbAs sAyA
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat
eksperimentasi serta penerokaan terhadap seni catan melalui Contoh penghasilan
penggunaan media, proses dan bahan. teknik cat air.
Alat: Berus lukisan dan palet.
Bahan: Cat air, tisu, kertas katrij dan kertas cat air (water colour paper).
bit.ly/2moScvq
Langkah:
1. Lakukan aktiviti ini secara individu.
2. Sediakan alat dan bahan-bahan seperti yang dinyatakan.
3. Gunakan kertas katrij dan kertas cat air untuk meneroka teknik-teknik cat air berikut:
• Basah atas basah • Basah atas kering
• Kering atas kering • Kering atas basah
4. Buat laporan hasil penerokaan yang dipilih dalam bentuk folio atau artist book.
Teknik basah Teknik basah Teknik kering Teknik kering
atas basah atas kering atas kering atas basah
Sapuan bancuhan Sapuan bancuhan Sapuan warna pekat Sapuan warna pekat
warna cair ke atas warna cair ke ke atas permukaan ke atas permukaan
permukaan kertas atas permukaan kertas yang kering. kertas yang telah
yang basah. Teknik kertas yang kering. Teknik ini akan dibasahkan. Teknik
ini menghasilkan Teknik ini akan memberikan kesan ini sukar dikawal.
kesan lut sinar dan menghasilkan kesan legap.
paling sukar dikawal legap. Sapuan teknik
sapuannya. ini senang dikawal.
Rajah 3.3 Teknik-teknik cat air
31

