Page 31 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 31
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata bantu .
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.
Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu hari
nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun
masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku graduan. Hal
ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah syarikat untuk
memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat mencungkil bakat dan
potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem
Pendidikan Negara oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)
(8 markah)
Soalan 2: SINTAKSIS
SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.
Contoh ayat;
a. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari
b. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
c. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Menegah
kebangsaan Dato’Abdul Rahman Yassin .
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Menengah kebangsaan Dato’ Abdul rahman Yassin
d. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman terletak di Nusa Idaman dalam daerah
Iskandar Puteri
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman
Predikat : terletak di Nusa Idaman dalam daerah Iskandar Puteri
29

