Page 35 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 35

KKT boleh dipasifkan. Contoh:

                                 Ayat Aktif                                    Ayat Pasif
                 Ah  Moi  sedang  membasuh  kain  di  dalam  Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam
                 bilik air.                                    bilik air.
                 Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan  Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-
                 raya.                                         pekerja.
                 Ibu menidurkan adik di dalam kamar.           Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
                 Kami makan kentang goreng itu.                Kentang goreng itu kami makan.
                 Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu  Pengedar  dadah  itu  dijatuhi  hukuman  mati
                 hukuman mati mandatori.                       mandatori oleh Tuan Hakim.
               kata kerja transitif ?

               menambahkan

               mencuci

               KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

               Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
               berdiri  sendiri  dalam  ayat.  Oleh  itu,  KKTT  tidak  memerlukan  objek  atau  penyambut  untuk
               menyempurnakan maksudnya.

               KKTT tidak boleh dipasifkan.

               KKTT  boleh  dikenal  pasti  melalui  imbuhannya,  contohnya  adalah  seperti  yang  di
               bawah ini.

                   •  Tanpa imbuhan  (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
                   •  meN-...               (mengalir, meletup, menangis, membisu)
                   •  ber-...        (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
                   •  ter-...        (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
                   •  ber-...-an     (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
                   •  ber-...-kan    (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
               Daun itu berguguran di halaman rumah

               Samad tidur di ruang tamu berbantalkan lengan

               KKTT terbahagi kepada dua iaitu;

                       i.     KKTT tanpa pelengkap


                       ii.    KKTT  berpelengkap

               KKTT Tanpa Pelengkap

               Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.




                                                             33
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40