Page 38 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 38

Ali memukul kuat-kuat ular itu hingga mati. X
               Salim melempar ke dinding bola itu X
               Salim melempar bola itu ke dinding.

               4.      Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
                       Contoh ayat:
                       Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
                       Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)
               Saya akan bertemu Ali


               5.      Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
                       Contoh ayat:
                       Penculik itu bersenjatakan (dengan) sebilah pisau. (X)
                       Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)
               Penculik itu bersenjata  dengan pisau.

               6.      Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
                       Contoh ayat:
                       Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
                       Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

               KATA BANTU

               Kata bantu  ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
               sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam
               binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan  kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan
               kata bantu ragam.

               (i)     Kata  bantu  aspek  menimbulkan  suasana  perbezaan  masa  iaitu  sama  ada  masa
               lampau,  masa  ini  (kini) atau  masa  hadapan.  Bentuk-bentuk kata  bantu aspek  yang dominan
               dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih,
               akan, mula dan belum.

                                                    Kata Bantu Aspek
                        Masa lampau                   Masa ini (kini)                Masa hadapan
                             telah                        sedang                          akan
                            sudah                          tengah                         belum
                            pernah                         masih
                            selalu






                                                             36
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43