Page 36 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 36
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
..berlipat
terhidang
bernyanyi.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata
adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur
pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut
hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang
mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT
mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui
frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu KKTT Kata Sendi Kata Nama
/adjektif
Ali sedang bekerja di pejabat
Ayah ingin berbincang tentang perkara
34

