Page 42 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 42
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja/ dua kata kerja transitif
/kata kerja tak transitif /kata kerja pasif dan dua kata bantu . Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu hari
nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun
masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku graduan. Hal
ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah syarikat untuk
memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat mencungkil bakat dan
potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem
Pendidikan Negara oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)
(8 markah
1. Setiap pelajar perlu menghafal sifil untuk memudahkan mereka menyelesaikan
masalah matematik.
2. Graduan yang baru lulus itu sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan
kelulusan mereka.
3. Penerangan yang disampaikan oleh pegawai perubatan itu berjaya meyakinkan
orang ramai untuk menerima suntikan vaksin Covid 19
4. Pelajar sekolah berasrama penuh itu berjaya memperoleh keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM
5. memilih
6. mencungkil
Kata bantu
1. dapat
2. masih
3. boleh
Soalan 2: SINTAKSIS
SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Pelaku /
40

