Page 43 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 43
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur
yang menerangkan subjek.
cerita
Contoh ayat;
b. Petani itu / membajak sawahnya setiap hari.
Subjek : Petani itu / 1m
Predikat : membajak sawahnya setiap hari/ 1m
c. Samsul /menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
d. Anak Pak Hashim yang tampan itu /menjadi guru sementara di Sekolah Menegah
kebangsaan Dato’Abdul Rahman Yassin .
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Menengah kebangsaan Dato’ Abdul rahman
Yassin
e. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman/ terletak di Nusa Idaman dalam
daerah Iskandar Puteri
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman
Predikat : terletak di Nusa Idaman dalam daerah Iskandar Puteri
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi empat
ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : __________________________________________________
Predikat :_________________________________________________
Rumah tangga yang sejahtera/ terbentuk daripada
keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas.
Maklumat penjagaan diri dan pemakanan/ diperoleh daripada
beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.
Pemakanan yang seimbang/ amat penting untuk penjagaan
kesihatan. Manusia /seharusnya mengambil makanan dalam
kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan
seimbang dalam diet seharian/ dapat mengurangkan risiko
menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar,
darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi,
dan osteoporosis.
(Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,
41
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)
[8 markah]

