Page 3 - BAHASA ARAB
P. 3
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Yang Berbahagia Dr. Mistrine Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Sabah Hebat !
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan
limpahNya, Modul TIME Bahasa Arab dapat dihasilkan. Oleh itu, saya
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa, Sektor
Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan panel penulis Modul
TIME atas komitmen dalam menghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.
Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa Arab SPM
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memenuhi Hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) supaya setiap murid memperoleh keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Atas
keperluan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah melaksanakan program bersama dengan
semua Ketua Panitia Bahasa Arab Menengah Sabah pada 24 Julai 2020 yang lalu untuk menghasilkan
modul pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP dan mampu memugar kecemerlangan
murid dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Impak daripada program tersebut, satu modul telah dihasilkan iaitu Modul TIME oleh panel
penulis yang terdiri daripada Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Arab dan Pemeriksa Kertas 2
Bahasa Arab SPM. Modul ini akan digunakan secara maksimum untuk memastikan mata pelajaran
Bahasa Arab mencatat keputusan cemerlang dalam SPM pada tahun ini.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis modul
kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul TIME Bahasa Arab SPM. Saya berharap
setiap guru Bahasa Arab SPM di Sabah dapat memanfaatkan modul ini dalam PdPc masing-masing.
Melalui kesungguhan dan komitmen semua guru Bahasa Arab, saya pasti prestasi Bahasa Arab terus
dipacu kearah kecemerlangan.
Sekian dan selamat maju jaya.
II

