Page 4 - BAHASA ARAB
P. 4
SETINTA KATA
Tuan Haji Abidin Bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, kita diberikan kekuatan dan kesihatan
untuk menggalas tanggungjawab hakiki dengan penuh dedikasi. Saya merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada Unit Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan panel
penulis Modul TIME Bahasa Arab atas inisiatif menghasilkan modul ini.
Modul TIME ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan latih tubi
berfokus menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini. Saya berharap agar pihak berkenaan baik guru
mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini dengan sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi
subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM bagi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada panel
penulis modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul TIME Bahasa Arab ini.
Sekian dan selamat maju jaya.
III

