Page 5 - BAHASA ARAB
P. 5

DARI MEJA EDITOR




                                                 Pencapaian  murid  dalam  peperiksaan  SPM  khususnya  bagi
                                          mata  pelajaran  Bahasa  Arab  perlu  dipertingkat  melalui  pelbagai

                                          pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk memastikan setiap murid
                                          mencapai  keputusan  yang  cemerlang.  Malangnya  apabila  keputusan

                                          SPM diumumkan hanya 14% murid mendapat  gred A+, A dan A- dan
                                          26% murid mendapat gred D, E dan G. Oleh itu, cetusan idea dari Dr.

                                          Mistirine  Radin  (Pengarah  Pendidikan  Negeri  Sabah)  untuk
                                          menghasilkan  modul  pengajaran  untuk  meningkatkan  kualiti  dan

                                          kuantiti  pencapaian  murid  bagi  subjek  Bahasa  Arab  amat  perlu
                                          dihasilkan.


                       Modul TIME yang dihasilkan oleh panel penulis merupakan modul latih tubi berfokus yang

               dihasilkan khusus untuk membantu calon peperiksaan SPM 2020 meraih keputusan cemerlang dan
               kepujian dalam subjek Bahasa Arab. Modul ini merangkumi soalan kertas 1 dan kertas 2 sebagai bahan

               latih tubi berfokus. Bahan latih tubi yang disediakan oleh panel penulis pastinya membantu murid

               untuk  membuat  ulang  kaji  kendiri  dan  menggunakan  bahan  tersebut  dalam  sesi  perbincangan
               bersama rakan yang lain.


                       Dari aspek teknikalnya, modul TIME menepati standard peperiksaan SPM sebenar kerana

               modul ini dihasilkan oleh guru berpengalaman sebagai pemeriksa dan jurulatih utama di peringkat
               negeri dan kebangsaan. Semoga modul TIME memudahkan PdP rakan guru dan seterusnya KPI Bahasa

               Arab  JPN  Sabah  mencapai  prestasi  cemerlang  pada  tahun  ini.  Melalui  usaha  yang  bersungguh-
               sungguh, komitmen dan kerjasama semua guru Bahasa Arab, ibu bapa dan calon SPM sudah pasti

               kecemerlangan mampu diraih pada tahun ini.


               Salam hormat.


               Sabah Hebat! Katakan Tidak Pada Nombor 16.


               SITI AZLINE BINTI ABDUL GANIH
               GURU BAHASA ARAB
               SMK AGAMA TUN AHMADSHAH, KOTA KINABALU SABAH.
                                                                                                           IV
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10