Page 6 - BAHASA ARAB
P. 6

SEKALUNG BUDI




                    Segala  puji  bagi  Allah  kerana  dengan  izinNya  modul  ini  telah  berjaya  dihasilkan  dan  akan
               digunapakai oleh rakan-rakan guru Bahasa Arab di seluruh negeri Sabah di dalam PdPc masing-masing.
               Kami  amat  berharap  modul  ini  dapat  memberi  manfaat  kepada  semua  yang  menggunakannya
               seterusnya memberi kesan kepada peningkatan pencapaian KPI Bahasa Arab di negeri Sabah .
                    Modul ini tidak mungkin terhasil tanpa cetusan idea dan sokongan berterusan daripada pihak-
               pihak tertentu. Justeru, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Mistirine
               Radin (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah) di atas cetusan idea ini dan sokongan moral yang tidak
               berbelah bahagi kepada kami sepanjang tempoh menyiapkan modul ini.

                    Ucapan terima kasih juga kami rakamkan buat Yang Berusaha Tuan Abidin Marjan, Timbalan
               Pengarah  Sektor  Pembelajaran,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Sabah  kerana  sentiasa  memberikan
               suntikan semangat dan motivasi kepada kami supaya tidak berputus asa dalam menghasilkan modul
               ini.

                    Kalungan  apresiasi  juga  kami  berikan  kepada  Puan  Jumaiah  Binti  Haji  Memun,  Penolong
               Pengarah Kanan, Unit Bahasa (Bahasa Arab), Sektor Pembelajaran,Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
               atas komitmen serta bimbingan berterusan kepada kami sehinggalah terhasilnya modul ini.

                    Tidak lupa ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai Pendidikan Daerah,
               Ketua Bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Arab,
               serta rakan-rakan guru Bahasa Arab yang menyokong penuh penghasilan modul TIME ini.

                    Akhir kata, ribuan kemaafaan dipinta andai terdapat kekurangan dan kelemahan pada Modul
               TIME ini. Semoga modul ini memberi manfaat kepada semua guru Bahasa Arab dan calon SPM 2020
               di negeri Sabah.


               SENARAI PENYUMBANG MODUL TIME
               BAHASA ARAB 2020

               Siti Azline Binti Ganih
               SMKA Tun Ahmad Shah

               Fardhah Sazrizah Binti Januri
               SMKA Kota Kinabalu

               Durratul AIn Binti Mat Sidi
               SMK Perempuan Likas

               Nurasyikin Binti Mohd Ismail
               SMKA Tun Datu Mustapha

               Mohd Radzi Bin Amaran
               SMK Maktab Sabah

                                                                                                           V
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11