Page 312 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 312
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
Saya mengamalkan sikap yang baik sepanjang masa menyiapkan
projek ini.
Saya dapat mengumpul maklumat atau bahan daripada pelbagai
6 sumber yang boleh dipercayai dan benar.
(Cemerlang) Maklumat atau bahan yang saya kumpul sesuai dengan tajuk
pelajaran untuk membantu saya merancang projek dengan berkesan
dan cemerlang.
Projek ini mempunyai kaitan dengan kehidupan sebenar saya.
Saya mempunyai matlamat yang sangat jelas, pelan perancangan
yang jelas, lengkap, boleh dicapai, teratur dan boleh dicontohi.
Projek yang saya hasilkan adalah asli, kreatif dan memberi impak yang
tinggi terhadap orang lain serta boleh dicontohi.
Saya dapat melaksanakan aktiviti projek mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
Saya mengikuti langkah-langkah dengan tepat, betul dan tersusun
serta menyelesaikan masalah dengan cekap dan berkesan.
Saya dapat berfikir dengan mendalam untuk memperbaiki kualiti projek
yang saya hasilkan.
Saya sentiasa memperbaiki cara saya belajar.
Saya kerap bertanya guru, rakan atau ahli keluarga dengan bahasa
yang betul dan berkesan, penuh keyakinan dan beradab semasa
menyiapkan projek ini.
Saya mengamalkan sikap yang cemerlang dengan berterusan serta
boleh dicontohi.
312

