Page 5 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 5

KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2













               Dari Meja Editor



               Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Sabah Hebat katakan tidak pada nombor 16!


               Covid-19, pandemik yang melanda dunia pada ketika ini telah mengubah kebiasaan kita kepada

               amalan norma baharu. Perubahan tersebut memberi impak yang ketara terhadap seluruh aspek
               pengurusan sedunia termasuklah dunia pendidikan.



                       Berikutan  hal  luar  jangka  yang  kita  alami,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Sabah  (JPNS)
               khususnya  masih  tidak  ketandusan  idea  untuk  memastikan  kelangsungan  pelaksanaan

               pengajaran dan pembelajaran. JPNS melanjutkan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

               sebagai salah satu alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah sempena
               Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Alternatif ini juga difikirkan boleh mengurangkan

               kekangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kawasan yang mengalami

               ketidakstabilan mahupun kesukaran capaian Internet.


                       Sehubungan  dengan  itu,  kompilasi  PBL  Jilid  2  berjaya  diterbitkan  selepas  kejayaan
               menghasilkan  Kompilasi  PBL  dan  Projek  Mudah  Jilid  1  yang  lalu.  Kali  ini,  pihak  editor  telah

               menerima  beribu  bahan  tugasan  daripada  guru-guru  seluruh  Sabah.  Hal  ini  menunjukkan

               komitmen  dan  kesungguhan  para  pendidik  dalam  mencurah  ilmu  kepada  anak  didik  biarpun
               dalam situasi yang agak sukar sekali gus merealisasikan tema Hari Guru pada tahun ini “Berguru

               Demi Berilmu, Bina Generasi Baharu”. Tahniah! Para pendidik Negeri Sabah. Dalam ribuan bahan

               yang diterima, pihak editor telah berusaha sedaya upaya meneliti dan memilih yang terbaik dari
               ribuan yang terbaik untuk dijilidkan. Pendek kata, kami mendapat aspirasi dan inspirasi daripada

               ribuan bahan yang diterima untuk menghasilkan kompilasi kali ini.


                       Kompilasi  PBL  Jilid  2  ini  mengandung  6  bahagian  iaitu,  PBL  Prasekolah,  PBL  Sekolah

               Rendah Tahap 1, PBL Sekolah Rendah Tahap 2, PBL Menengah Rendah, PBL Menengah Atas dan


                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10