Page 6 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 6
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
beberapa PBL Sisipan Bonus kesinambungan hasilan daripada Jilid 1 dan Jilid 2. Pembahagian
sedemikian dilakukan untuk memudahkan kita pendidik di Negeri Sabah merujuk kategori yang
berkenaan.
Kami selaku barisan editor, memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam
kompilasi ini, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kualiti kompilasi ini berada
pada tahap selayak dijadikan rujukan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek. Kami
bersyukur kerana akhirnya Kompilasi PBL Versi PKP Jilid 2 berjaya disiapkan hasil kesepaduan
kerjasama guru-guru dan para pegawai Pendidikan Negeri Sabah.
Akhir sekali, semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik Negeri Sabah
yang akhirnya memberi impak positif terhadap kualiti Pendidikan negeri dalam usaha melahirkan
generasi mapan yang berupaya menjadi pemain global.
Sekian dan terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
30 Mei 2020
6

