Page 13 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 13

AKTIVITI 3



                                            (SOALAN PENULISAN)



                                        MINGGU 16 (19-23 OKTOBER 2020)


                 Hari                       Rabu
                 Tarikh                     21 Oktober 2020
                 Tema/Tajuk                 Pupuk Perpaduan
                 Standard Kandungan         3.7
                                            Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre
                                            dengan betul.
                 Standard                   3.7.1
                 Pembelajaran               Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheren dengan
                                            betul.
                 Objektif Pembelajaran  Murid dapat menulis sebuah karangan mengikut perenggan
                                            dengan betul.

                  Nota:
                  Kohesi adalah pertautan ayat dalam sesuatu perenggan. Kohesi  boleh wujud dalam
                  ayat,  antara  ayat  dan  juga  melalui  kosa  kata.  Kohesi  wujud  apabila  adanya  urutan
                  daripada  satu  ayat  kepada  ayat  yang  lain  dalam  sesebuah  perenggan.  Hal  ini
                  bermakna,  maklumat  yang  ditulis  atau  dipaparkan  berkait  antara  satu  sama  lain.
                  Perkara ini bersesuaian dengan Halliday dan Hasan (1976) yang mengatakan kohesi
                  adalah hubungan makna yang ada dalam teks.

               Latihan 3: (Menulis Karangan)
                Bahagian c
                25 markah
                Masa dicadangkan : 35 minit
               Arahan:  Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjang
               karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan



               Soalan 1
               Bersukan  sememangnya  banyak  faedah.  Pelajar-pelajar  sekolah  sememangnya
               digalakkan bersukan. Cuba tulis sebuah karangan tentang faedah bersukan.

                                                            ATAU
               Soalan 2

               Tulis sebuah karangan tentang kebaikan perayaan-perayaan yang diamalkan di Malaysia.


                                                                                                               6
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18