Page 8 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 8
AKTIVITI 1
(SOALAN PEMAHAMAN)
MINGGU 16 (19-23 OKTOBER 2020)
LATIHAN 1 : KATA GANDA
Hari Isnin
Tarikh 19 Oktober 2020
Tema/Tajuk Pupuk Perpaduan
Standard Kandungan 5.2
Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang
sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
Standard 5.2.2
Pembelajaran Memahami dan menggunakan jenis kata ganda dalam
pelbagai situasi dengan betul.
Objektif Pembelajaran Murid dapat menggunakan kata ganda dalam pelbagai
situasi dengan betul.
KATA GANDA
NOTA
1. Proses mengulangi sesuatu perkataan sama ada secara seluruh atau
bahagian-bahagian tertentu.
2. Terdapat tiga jenis penggandaan:
a. ganda seluruh
b. ganda separa
c. ganda berima
Soalan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih kata ganda yang
paling sesuai.
40 markah
Masa dicadangkan : 15 minit
1. Sejak berpindah ke bandar ,Sukri tidak _________ lagi tentang perkembangan
yang berlaku di kampung itu.
A tanya-menanya C kenal-mengenal
B tahu-menahu D tengok – menengok
2. Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah lewat.
A terkial-kial C tercungap-cungap
B terkinja-kinja D terkocoh-kocoh
1

