Page 9 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 9
3. Kedengaran _______ suara orang bernyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
A jelas-jelas C samar-samar
B sayup-sayup D jauh-jauh
4. Selepas mesyuarat mereka minum sambil _____ di tepi kolam renang itu.
A berbual-bual C bercakap-cakap
B berehat-rehat D berbaring-baring
5. Encik Razak membawa _______ dari Surabaya untuk kami.
A oleh-oleh C abuk-abuk
B otak-otak D sagu-sagu
6. Beberapa ekor ______ yang berwarna –warni terbang di dalam rumah kami.
A kupu-kupu C labah-labah
B pijat-pijat D labi-labi
7. Suasana dalam mesyuarat itu ______ apabila dua pihak berbalah.
A huru-hara C lintang-pukang
B hingar-bingar D porak-peranda
8. Jalan raya yang _____ itu amat berbahaya khususnya kepada penunggang
motosikal dan basikal.
A lintang-pukang C lekuk-lekak
B lintang-kedak D kacau-bilau
9. Seorang pekerja bahagian stor telah diberhentikan ______ oleh pihak pengurusan
pasar raya itu kerana masalah disiplin.
A terus-menerus C serta-merta
B pontang-panting D tunggang-langgang
10. _______ penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui
kamera litar tertutup.
A Tingkah-laku C Gerak-geri
B Sorak-sorai D Desas-desus
11. Jalan raya yang baru diturap itu memudahkan kami _____ ke tempat kerja.
A ulang-alik C mundar-mandir
B pindah-randah D lalu-lalang
12. ______ waris keluarga yang ditimpa kemalangan itu masih kedengaran.
A Kumat-kamit C Bongkar-bangkir
B Senda-gurau D Sedu-sedan
2

