Page 11 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 11
AKTIVITI 2
(SOALAN PEMAHAMAN)
MINGGU 16 (19-23 OKTOBER 2020)
Hari Selasa
Tarikh 20 Oktober 2020
Tema/Tajuk Pupuk Perpaduan
Standard Kandungan 2.2
Membaca dan memahami perkataan frasa, dan ayat
daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard 2.2.3
Pembelajaran Membaca dan memahami ayat yang mengandungi
perkataan berimbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi
dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran Murid dapat membaca dan memberikan maksud perkataan
berimbuhan yang bergaris.
MEMBACA
Trio Kesateria
Perlumbaan Formula Perpaduan telah menarik minat Amar dan rakan-rakannya. Dia,
Jega dan Wei Chuan bersepakat untuk menyertai perlumbaan tersebut.
Mereka telah mendaftarkan diri sebagai peserta dan membentuk kumpulan yang diberi
na ma “Trio Kesateria”. Mereka berharap agar penyertaan mereka dalam perlumbaan
tersebut tidak sia-sia. Sebelum perlumbaan bermula, taklimat tentang tatacara
pertandingan diberikan. Dalam pertandingan tersebut, setiap kumpulan dikehendaki
menuju ke tiga buah stesen.
Di setiap stesen, ada aktiviti mencabar yang perlu dilaksanakan. Kumpulan yang
berjaya melaksanakan ketiga-tiga cabaran dalam masa yang paling pantas akan
diisytiharkan sebagai juara. Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Gong dipalu sebagai
tanda acara bermula dengan rasminya. Semangat kumpulan Trio Kesateria begitu
membara. Dari satu stesen ke satu stesen, cabaran dihadapi bersama-sama.
Amar, Jega dan Wei Chuan menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi.
Mereka berpadu tenaga dan bersatu hati untuk menghadapi setiap cabaran. Perbezaan
bangsa dan budaya tidak menjadi
pulan mereka berjaya menjadi juara dan
penghalang kepada mereka. Akhirnya, kum
mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton.
Nota penting: Sila rujuk Kamus Dewan BUKU TEKS
M/S 75
4

