Page 3 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 3

PRA KATA

                                                   Bissmillahirrahmanirahim


                      Dimulakan dengan lafaz kalam segala puji hanya untukNya Allah S.W.T yang

                      Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta  salam buat Junjungan

                      Agung Nabi Muhammad S.A.W. Allhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi

                      kerana  dengan  limpah  kurnia  dan  rahmat  daripadaNya,  maka  saya  dapat

                      menyiapkan  Modul  Cakna  Edisi  PdPR  Bahasa  Malaysia  Tahun  6,  bagi

                      memenuhi  hasrat  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  khasnya  dan

                      Jabatan Pendidikan Negeri Sabah amnya.

                             Dengan rasa rendah diri dan pe    nuh takzimnya, saya ingin merakamkan
                      jutaan terima kasih kepada Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Jabatan

                      Pendidikan Negeri Sabah, dan Tuan Haji Abidin bin Marjan Timbalan Pengarah

                      Sektor Pembelajaran, atas dorongan dan semangat yang diberi kepada kami

                      guru-guru  Sabah  untuk  memastikan  pendidikan  beroperasi  walaupun  dalam

                      keadaan PKPB secara PdPR.

                             Sekalung  penghargaan  juga  diucapkan  kepada  Puan  Linna  binti  Haji

                      Hasin,  Pegawai  Pendidikan,  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Semporna,  kerana

                      memberi  suntikan  semangat  kepada  kami  guru-guru  di  Daerah  Semporna

                      dalam  mempastikan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  berjalan  lancar

                      walaupun dalam  keadaan  pandemik covid-19 melanda.  Begitu  juga,  kepada

                      warga  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Semporna,  Guru  Besar  Sekolah

                      Kebangsaan Tagasan, Encik Isre bin Haji Kabbulia, semua penolong kanan SK
                      Tagasan dan seluruh warga SK Tagasan.


                              Tidak dilupakan buat insan istimewa suami tercinta Ibrahim bin Hamjirul

                      Penolong  Pegawai  Pendidikan  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Semporna,  dan

                      kakak tersayang Puan Hajah Jumda binti Haji Darwis Penolong Pengarah Unit

                      TMK, kerana banyak memberi sokongan moral serta sumber inspirasi buat diri

                      saya  untuk  mengorak  langkah  menyiapkan  modul  ini.  Akhir  sekali,  semoga

                      sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua warga pendidikan

                      di Daerah Semporna dan seluruh Sabah amnya.


                                                          Wassalam







                      Hajah Hairiya Binti Haji Darwis
                      SK Tagasan


                                   “SABAH HEBAT! KATAKAN TIDAK KEPADA NOMBOR 16”

                                  “SK TAGASAN SEKOLAH MENUMPANG BUKAN ALASAN TIDAK CEMERLANG”
   1   2   3   4   5   6   7   8