Page 6 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 6

OBJEKTIF MODUL

                         1.  Sebagai bahan sokongan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid
                             semasa di rumah sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan
                             Bersyarat (PKPB), agar tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran.

                         2.  Memenuhi peruntukan minima jam setahun mengikut subjek selaras
                             dengan Penjajaran Kurikulum (Mencukupkan jam kredit).

                         3.  Membantu menguasai kemahiran membaca,  memahami  perkataan,
                             frasa  dan ayat  daripada  pelbagai  sumber  dengan betul melalui
                             soalan-soalan pemahaman dan sistem bahasa.

                         4.  Murid dapat menghasilkan  penulisan  kreatif  dalam  pelbagai  genre
                             dengan betul.

                         5.  Membantu menguasai kemahiran menulis  ulasan dan memindahkan
                             maklumat  berdasarkan  maklumat  yang diperoleh  daripada  pelbagai
                             sumber.

                         6.  Guru boleh mendapatkan gambaran tentang prestasi murid selepas
                             sesi pembelajaran dan membaiki kelemahan tersebut dengan segera.



                                                          SASARAN

                         Modul  ini  disasarkan  kepada  semua  murid  tahap  dua  dan  secara
                         khususnya kepada murid-murid tahun 6 Al-Razi, Al-Farobi dan Al-Khindi
                         (Tahun 6ABC).



                                                 TEMPOH PELAKSANAAN

                         Modul ini dicadang untuk digunakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan
                         Pergerakan  Bersyarat  (PKPB),  mengikut  masa  yang  telah  dijajarkan.
                         Tarikh  modul  dijalankan  adalah  mengikut  RPT  penjajaran  dan  baki
                         sukatan yang belum diajar iaitu bermula dari minggu 16 (19 Oktober-18
                         Disember 2020)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11