Page 5 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 5
MODUL CAKNA BAHASA MELAYSIA
ABSTRAK
Modul ini mengandungi soalan-soalan pemahaman dan penulisan. Soalan-
soalan ini disusun mengikut tajuk dan tema yang terdapat dalam Semakan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang dijajarkan. Penerangan dan nota
ringkas tentang setiap topik disertakan. Setiap topik disertakan soalan-soalan
sebagai latihan kepada murid-murid.
Selain itu, setiap topik dalam modul ini adalah berpandukan masa dan
jadual waktu yang telah dijajarkan pada peringkat sekolah. Bagi soalan
pemahaman petikan pula, disertakan petikan-petikan yang meliputi pelbagai
bentuk teks prosa dan bukan prosa dengan diikuti oleh lima soalan
pemahaman.
Bagi soalan penulisan pula, ketiga-tiga bahagian iaitu bahagian A, B
dan C disediakan. Sehubungan itu juga, pemilihan soalan-soalan sama ada
soalan pemahaman dan penulisan masih terikat kepada skop format
peperiksaan dan pentaksiran khususnya UPSR. Pada akhir sesi latihan, aspek
penilaian disediakan bagi memudahkan guru memberi markah/pentaksiran
terhadap murid. Sehubungan itu juga, ruang untuk tandatangan ibu
bapa/penjaga turut disediakan sebagai bukti komitmen dan kerjasama ibu
bapa/penjaga melunaskan amanah yang diberi oleh pihak sekolah iaitu
membimbing anak-anak mereka menjalankan PdPR rumah.
Di samping itu, dalam modul ini disertakan lima set ekstra lembaran
kerja atau soalan-soalan yang memenuhi standard soalan UPSR. Secara
amnya, setiap soalan dan latihan yang dipilih adalah berdasarkan Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

