Page 148 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 148

Bacaan Luas


                              Tradisi Mengemping Padi
                  Suatu  ketika  dahulu,  tradisi  mengemping  atau
                  menumbuk padi merupakan kegiatan yang cukup
                  istimewa  bagi  masyarakat  Melayu  di  kampung.
                  Kegiatan  ini  dilakukan  secara  bergotong-royong
                  apabila  tibanya  musim  menuai  padi.  Selepas
                  berpenat lelah mengusahakan sawah, penduduk
                  kampung akan mengemping padi sebagai tanda
                  kampung akan mengemping padi sebagai tanda
                  kegembiraan dan kesyukuran kerana memperoleh
                  kegembiraan dan kesyukuran kerana memperoleh
                  hasil tanaman yang baik.
                                         kumpulan  mengemping  padi
                       Kebiasaannya,  kumpulan  mengemping  padi
                  terdiri  daripada  enam  hingga  10  orang  wanita.
                  terdiri  daripada  enam  hingga  10  orang  wanita.
                  Seramai  dua  atau  tiga  orang  wanita  akan  menumbuk
                  Seramai dua atau tiga orang wanita akan menumbuk
                                                                     Yang
                                                           tangan.
                                                   lesung
                        dengan
                                  menggunakan
                  padi
                  padi  dengan  menggunakan  lesung  tangan.  Yang
                  lain pula akan berada di tepi mangkuk lesung untuk
                  lain pula akan berada di tepi mangkuk lesung untuk
                  memastikan  padi  yang  ditumbuk  sudah  menjadi
                  memastikan  padi  yang  ditumbuk  sudah  menjadi
                  emping.
                       Emping   merupakan    makanan     tradisional   yang
                       Emping  merupakan  makanan  tradisional  yang
                                                                                       lesung tangan
                  enak sekali. Emping dimakan dengan manisan seperti                   lesung tangan
                  gula enau, santan dan susu atau dengan kelapa parut. Di sesetengah tempat,
                  emping  dimakan  dengan  telur,  bawang  merah  dan  halia.  Ada  juga  yang
                  menikmatinya dengan mencampurkan garam dan gula.
                       Sebelum proses mengemping padi dijalankan, padi muda berusia 60 hari
                  akan dituai terlebih dahulu. Padi yang matang tidak sesuai untuk dibuat emping
                  kerana  sudah  keras  dan  mudah  hancur  apabila  ditumbuk.  Kemudian,  padi
                  muda itu akan digoreng tanpa minyak sehingga kembang. Setelah digoreng,
                  barulah padi diemping.
                       Suasana sewaktu mengemping padi sungguh meriah. Bunyi keletak-keletuk
                  tumbukan lesung serta celoteh penduduk kampung menjadikan kegiatan ini
                  umpama pesta. Mereka bekerja sambil bergembira. Hubungan mesra sesama
                  jiran sekampung dapat dijalinkan dan dipererat.
                       Pada  hari  ini,  kegiatan  mengemping  padi  kian  dilupakan.  Penghijrahan
                  anak muda ke kota serta kawasan sawah yang semakin berkurang merupakan
                  antara faktor yang menyebabkan timbulnya masalah ini. Walau bagaimanapun,
                  pelbagai  inisiatif  telah  dijalankan  bagi  memelihara  warisan  nenek  moyang  ini
                  daripada pupus ditelan zaman. Antaranya termasuklah mengadakan pameran

 Membina ayat songsang yang betul.  dan demonstrasi mengemping padi, khususnya kepada generasi muda.
                                                     Sumber: Berita Harian, 22 Mac 2015 dan www.kosmo.com.my


                                                                                                          123
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153